PAKEJ MELANCONG TAMAN NEGARA

FOTO KAYUH BIKE @ TAMAN NEGARA

CATATAN POPULAR

KAYUH KE MANA ???,,,,,,,,,

:: KAYUH BIKE @ TAMAN NEGARA ::
--------------------------------------------------
Assalamualaikum wbt ::
14 JUN2012.
AHAD

kAYUH pendeta
Berkumpul di SKK Tahan jam 11.30 pagi

Ahad, 26 Februari 2012

KAYUH BERSAMA KELAB BERBASIKAL JERANTUT (KBJ)

TARIKH  :  26 FEB 2012
HARI  :  AHAD
MASA  :  9.15 - 11.45 PAGI
TREK  :  WOODLANDS - LADANG -KEBUN GETAH
JARAK  :  22 KM
RIDERS  :-
KBJ - 8 ORANG
KAYUH BIKE - 6 ORANG

Alhamdulillah , program kayuhan pertama kali bersama KBJ telah berjaya dilaksanakan. Walaupun hujung minggu , namun sambutan baik kecuali beberapa ahli  kayuh bike tidak dapat menyertai kerana atas urusan yang tidak dapat dielakkan.
   Ketibaan ahli KBJ seramai 8 orang disambut di Woodlands Resort. Setelah segala persiapan dan pemasangan basikal tepat pukul 9.15 pagi kayuhan bermula mengikut jalan Taman Negara memasuki jalan kg Belebar , kg Tekah dan seterusnya berkumpul semula di Simpang Ulu Tembeling.....memanaskan badan sahaja.
   apabila memasuki kawasan ladang...bermulalah aktiviti mtb yang agak mencabar. Jalan pertama terus panjat bukit...ramai juga yang spin setempat...jalan licin. Ada yang patah belakang. Kemudian downhill yag mengasyikkan. Perjalanan dalam ladang sejauh 8 km sahaja. ..tetapi hampir 80 % mendaki....baru ada rasa. Kalau hujan lagi kaw punya.
     Setelah habis trek ladang...kami memasuki trek kebun getah pula. Pendakian yang panjang dan tegak amat memenatkan...tetapi bila turun amat mengujakan. Kayuhan tamat di Woodlands Resort pada pukul 12.00 tengah hari.
     Terima kasih kepada Pengurus Woodlands , En Badrol Hisham atas penyediaan makanan yang amat menyelerakan ...tqvm...lain kali sponsor lagi. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program hari ini. Insyallah akan ada lagi kayuhan pada masa akan datang.
     Kami amat mengalu-alukan kelab berbasikal mengayuh bersama kami. Pakej mengayuh boleh diuruskan. Silalah klik link ini.

FOTO KAYUHAN - KBJ
Persiapan basikal dan bersedia mengayuh...
Gambar kenangan setelah tamat aktiviti

KLIK DI SINI UNTUK FOTO SETERUSNYA

Jumaat, 24 Februari 2012

PAKEJ MELANCONG DAN BERKAYUH DI TAMAN NEGARA

AKTIVITI UNTUK BIKERZ DI TAMAN NEGARA

 Kayuh Ladang ataupun Kayuh Jalan Baharu - Nusa Camp
 Aktiviti Rapids shooting ke Jeram Dedari
 Restoran terapung dan Pintu masuk Taman Negara
Aktiviti air di Jeram Teras....utamakan keselamatan
Rapids shooting dan Jungle Night Walk
Canopy Walkway...wajib pergi jika ke Taman Negara.

TENTATIF PROGRAM 2H 1M
Minima group 10 orang.

Hari Pertama / Sabtu

2.00 pm - tiba di Taman Negara ....check in di Hostel.
5.00 pm - Aktiviti bebas ...berkayuh sekitar kampung / trek jalan raya...jarak ikut kemampuan.
7.00 pm - Makan malam ( tidak disediakan )
8.30 pm - River crossing ke Taman Negara
8.45 pm - Night walk dan Tahan hide...melihat kehidupan malam flora dan fauna Taman Negara.
10.30 pm - Kembali ke Hostelll dan zzzzzz

Hari Kedua / Ahad

7.00 am - Sarapan pagi ( tidak disediakan )
7.30 am - Bertolak dan mula mengayuh ke trek Ladang FELCRA ( 15-20 km ) / Nusa Camp ( 20 km )
10.30 am - Canopy walkway
12.00 pm - Rapids shooting dan mandi di Jeram + Makan tengah hari ( packing - disediakan )
1.00 pm - Check out

PAKEJ TERMASUK :-

1. Penginapan satu malam di Hostel
2. River crossing
3. Ticket canopy
4. Rapids shooting bot
5. Night jungle walk
6. Guide untuk aktiviti night walk dan canopy
7. Makan tengah hari sekali semasa rapids


TIDAK TERMASUK :-
1. Permit Masuk
2, Permit Kamera
3. Makan

Harga  : RM 140.00 seorang
** Tentatif program oleh diubah mengikut keperluan kumpulan.

Untuk lain-lain pakej dan foto aktiviti di Taman Negara 

Khamis, 23 Februari 2012

KAYUH LADANG BERSAMA RAKAN BAHARU - BAD

TARIKH  :  23 FEB 2012
HARI  :  KHAMIS
MASA  :  6.15 - 7.30 PM
TREK  :  LADANG FELCRA
JARAK  :  12 KM
RIDERS
1. dintahan
2. mantahan
3. fuddin
4 Hazim
5.Badrol
6.Isterinye....

Hari kayuh bersama rakan baharu ...Badrol dan isterinya. Sudah beberapa kali , namun baru hari ini dapat bersama. Ada sahaja halangan yang datang. Semuanya dugaan. Riders hari ini seramai enam orang sahaja. Sahabat empat tu ada urusan di asst akhir. Tak merasalah trek ladang yang baru lepas hujan. Main lumpur dan selut namun seronok.
     Kayuhan bermula jam 6.15 petang di hadapan pintu gerbang Taman Negara menuju jalan baharu kemudian membelok ke lAdang Felcra Tembeling tengah. Peringkat awal nak ikut jalan air...namun jalan tersebut telah ditumbuhi semak samun dan terlalu becak. Terpaksa berpatah balik dan mula mendaki bukit....tolak lebih banyak dari kayuh. Banyak kalori dibakar hari ini.
     Pelbagai aksi spontan dapat dilihat apabila mendaki bukit yang tinggi...penat memang penat , namun minat dan keazaman yang tinggi menjadi motivasi kami menghabiskan jarak yang  dipilih. Ada orang pikul basikal ...untuk elakkan lumpur...biar tuan berlumpur asalkan basikal bersih.

 FOTO KAYUH LADANG

Berhenti sambil membasahkan tekak...pulih tenaga

Rider baru...tak confiden harung becak...hehehe
Seperti biasa...foto time sebelum aktiviti
 Pasangan ideal Bad dan Isteri Kak Rose

Selasa, 21 Februari 2012

KAYUH RAKAN BARU - MAN

TARIKH  :  20 FEB 2012
HARI  :  ISNIN
MASA  :  6.15 - 7.30 PM
JARAK  :  10 KM
TREK  :  JALAN BAHARU - FELCRA TEMBELING TENGAH
RIDERS  :
1. dintahan
2. Hazim
3. Man

     Hari ini tak cadang nak kayuhpun...cuma kayuh sekitar kawasan perumahan SMKJPSHAS Kuala Tahan sahaja. Namun , ajakan anakku dan rakan baru Man tak dapat ditolak , lagipun mana ada kucing menolak bila diberikan ikan.
     Perjalanan hari ini sekadar memanaskan badan dan memberikan tunjuk ajar kepada rakan baru mengenai basikal mtb. maklumlah basikal baru. Perjalanan bermula dari PASDEC dan memasuki jalan baharu. Cuaca yang dinginlepas hujan amat menyegarkan apabila mengayuh di kawasan hutan . Kayuhan mendaki bukit secara santai sahaja...banyak berhenti sambil setup basikal.
     Anakku , Hazim gembira sangat kerana dapat membelasah basikal merida ibunya. Biasanya tunggang basikal berat dia aje...sesekali dapat yang ringan habis bukit diredahnya.


 Anakku..Hazmi Hazim dan papa Man
Merenung jalan ke Kuala Sat...bilalah nak siap
 Kenangan berlatar belakang bukit 1000

Isnin, 20 Februari 2012

KAYUH KEBUN GETAH RISDA

TARIKH  :  19 FEB 2012
HARI  :  AHAD
MASA  :  6.00 - 7.30 PM
TREK  :  KEBUN GETAH
JARAK  :  15 KM
RIDERS
1. din
2. Fuddin
3. Hazim

Kayuh hari ini secara adhoc sahaja. Tak planpun nak masuk kebun getah. Saja mencari kelainan. Cuba trek baru. Rupa-rupanye ada halangan di tengah jalan. Pokok kayuh getah tumbang menghalang perjalanan. Kena pikul basikal untuk melepasi batang pokok tu.
   Ingatkan satu , rupanua dua batang yang menghalang jalan. Walaupun demikian , jalan yang dipilih agak semak dan terpaksa meredah ajelah. Nasib tak miang sangat. walau bagaimanapun memang best trek ini. Kalau ada group yang hendak ke Taman Negara boleh kami guidekan ikut trek ini.

FOTO KEBUN GETAH
pokok tumbang...pikul basikal 
kalau ada parang...jalan pokok nie
 berakhir di stesyen Hidrologi JPS, Kuala Tahan
Klik sini untuk foto seterusnya

Khamis, 16 Februari 2012

KAYUH BUKIT 2000 - bersama Abg Giant

TARIKH  :  14 FEB 2012
HARI  :  SELASA
MASA  :  6.15 - 7.30 PETANG
TREK  :  JALAN BAHARU ULU TEMBELING - BUKIT 2000
RIDERS;
1. dintahan
2. Nise
3. daus
4. Hazim
5. Abg Kamal - pengiring

Kayuhan hari ini bermula agak lewat. Masalah pada basikal Poje masih belum diatasi....tak dapat joint kami , walaupun hati meronta-ronta. Rancangan awal hendak menaluki jalan air dam Sg Aok...namun bila tiba di persimpangan jalan baharu Bukit 2000 lain pulak jadinya...terus mendaki bukit bawak riders baharu...daus.
     Pendakian mengambil jarak 2 km dari point mula. Semakin lama semakin tinggi , ada yang terhenti di pertengahan jalan...maklumlah otai dan anak2...namun destinasi akhir puncak 2000 tetap ditawan.
Seorang rakan menjadi pengiring...menaiki basikal sambil melihat jalan...ada hajat nak angkat mtb tu. Insyallah.
     Perjalanan pulang menyeronokkan...layan bukit dan control btek aje...laju walaupun jalan beralun. Kalau pakai fullsus mesti mantap punye.. Insyallah layan xc dulu. Lain lain foto di link ini.

FOTO KAYUH BUKIT 2000
 
Orang baru bersama basikal baharu
  Seorang lagi riders bakal menyusul...

Selasa, 14 Februari 2012

KAYUH SELUT LADANG

TARIKH  :  13 FEB 2012
HARI  :  ISNIN
MASA  :  6.15 - 7.30 PETANG
TREK  :  LADANG FELCRA PKT 4
RIDERS :
1.dintahan
2.nise
3. daus
4. hazim

Hari ini cuaca hujan. Hujan turun seawal jam 4.45 petang dan semakin lebat menjelang jam 5.00 petang. Mula-mula jadi nak kayuh tetapi hujan semakin lebat. Lebih kurang jam 5.50 hujan reda dan hello member jadi kayuh. Peringkat awal lima orang riders...tapi bila tiba di PASDEC sebuah basikal religh diablo mengalami kerosakan bearing belakang...frust tak dapat kayuh.
Kayuhan menyusuri trek biasa...bila tiba di permulaan ladang , members nak layan jalan selut ladang. Kayuhan baik...bila tiba di bukit kerbau...fuhhhh jalan baru turap dengan tanah dan disirami hujan....cantik. layan dan melepasi bukit walaupun tayar tak grip...ada yang tolak aje.
waktu turun laju semacam walaupun jalan licin ...layan aje. Kayuhan selamat sampai di permulaan jan 7.30 petang..  Suksesss.

KAYUH SELUT LADANG


 Wajah ceria selepas downhill..
Sempat beramah mesra dengan tuan lembu...
 Trek basah dan licin mengujakan....

Ahad, 12 Februari 2012

KAYUH LADANG PERINGKAT 4

Tarikh : 10 FEB 2012
Hari : Jumaat
Masa : 6.15 - 7.15 petang
Trek : Ladang FELCRA Tembeling Tengah
Riders
1. dintahan
2. Poje
3.Adha
4. Hazim

Kayuh hari ini melibatkan 4 orang riders tegar. Jalan/ trek yang dipilih tak termasuk dalam perancangan. Ingatkan nak panjat bukit kecil sahaja , namun tersilap jalan....huhh mak datuk...tingginya bukit.Hanya lepas 1/3 sahaja....yang lain kena tolak basikal. Itupun beberapa kali berhenti sambil tambah angin. Tiba di puncak apa lagi layan downhill pulak. Ada sahabat tuntun basikal....tak berani dan was-was bimbang brek tak makan.Brek pad panas semacam...ada juga yang cuba rasa dengan jari...nasib tak melecur....tobat tak nak naik dah...kata-kata semasa sampai atas bukit....hanya kata-kata...lepas nie panjat lagi.


LAYAN BUKIT LADANG PKT 4

Khamis, 9 Februari 2012

KAYUH HUJAN

Tarikh : 08 Feb 2012
Hari : Rabu
Masa : 6.00-7.30 petang
Trek : Jalan baharu - Bukit 2000

Kayuhan pada petang ini melibatkan enam orang riders Din,Nise,Poje,Azim,Adha dan Pudin. Kayuhan bermula dari pintu gerbang PASDEC dalam keadaan cuaca baik...namun ku sangka panas sampai ke petang , tapi hujan di tengah jalan.
Menghampiri kawasan kongsi pekerja , kami terpaksa menempuh angin yang kuat sambil menerbangkan debu-debu jalan ke arah kami. Kayuhan naik bukit terasa berat.
500 meter menghampiri Bukit 2000 , kami ditimpa hujan yang agak lebat...mujur sempat berlindung di bawah jentera berat jalan yang terdapat di situ. Hampir 15 minit kemudian , hujan reda , kamipun mulakan semula kayuhan menawan bukit 2000. Jalan yang licin dan berselut menghalang usaha kami . Di samping itu , risiko sewaktu menuruni bukit nanti agak bahaya...terpaksa menuntun basikal..

Kayuh Hujan

Jumaat, 3 Februari 2012

KAYUH JALAN BAHARU

TARIKH : 02 FEB 2012
HARI : RABU
MASA : 6.15 - 7.20 PM

AHLI
1. Kamaruddin
2. Fauzan
3. Khairul Nisam
4. Shaifudin

Kayuh pada petang ini bermula dari PASDEC , melibatkan empat orang rider. Lama dah tak kayuh. Perancangan secara ad hoc aje. Mula-mula melibatkan 5 orang rider...last minit sorang tarik diri..rantai putus...
Kayuhan hari ini bermula jam 6.15 petang. Kayuhan mendaki sepanjang 3.8 km bermula dari pintu gerbang Taman Negara hingga ke Bukit 2000
Laluan inilah yang akan digunakan oleh raiders yang menyertai Taman Negara Green Jamboree 2012. Walaupun belum siap , namun jalan ini menyajikan satu pengalaman baru dan menarik .

Rider yang berkayuh

Menuju Bukit 2000


Slaid Kayuh Jalan Baharu