PAKEJ MELANCONG TAMAN NEGARA

FOTO KAYUH BIKE @ TAMAN NEGARA

CATATAN POPULAR

KAYUH KE MANA ???,,,,,,,,,

:: KAYUH BIKE @ TAMAN NEGARA ::
--------------------------------------------------
Assalamualaikum wbt ::
14 JUN2012.
AHAD

kAYUH pendeta
Berkumpul di SKK Tahan jam 11.30 pagi

Rabu, 2 Mei 2012

KAYUH HARI PEKERJA - NUSA CAMP

TARIKH  :  01 MEI 2012
HARI  :  SELASA
MASA  :  8.30 - 12.00 TENGAH HARI
TREK  : JALAN BAHARU NUSA CAMP
JARAK  :  16 KM

Hari ini cuti sempena Hari Pekerja. Perancangan lewat dibuat namun program tetap dijalankan. Perbincangan sebelah petang ,ambil keputusan kayuh ke Nusa Camp melalui jalan baharu. Peringkat awal hanya 6 orang menyatakan persetujuan namun saat akhir jadi 9 riders termasuk 3 orang baru Salleh , Nizam dan anaknya Mukhriz.
Perjalanan hari ini sepatutnya bermula jam 7.30 pagi tetapi terlewat hingga ke 8.30 pagi. Penyertaan saat akhir riders baru dan tayar bocor melewatkan kayuhan. Namun , kayuh tetap kayuh. Melepasi bukit 1000 sorang rider baru dah tumbang...pitam dan rehat , manakala raiders lain dah menawan Bt 2000. 

Setelah berehat hampir 30 minit , sahabat baru boleh menarik nafas dan meneruskan kayuhan. Beliau merupakan seorang athlet , namun bila pertama kali menggunakan basikal...kalah juga kepada keadaan. Perjalanan ditrueskan dengan downhill Sg Tabung sepanjang hampir 2km dan mula mendaki semula Bt 5000 yang agak mencabar .
Setibanya di Nusa Camp jam telah menunjukkan 10.00 pagi. Kami mengambil kesempatan membasahkan tekak dengan 100 plus sambil memerhatikan deruan aliran Sg Tembeling berlatar belakangkan jeram yang berarus deras. Kami menghabiskan masa hampir 40 minit di sini ....ada sahabat siap bawak bekal nasi lemak lagi...tak makan pun.
Perjalanan balik agak memeritkan dengan cuaca yang panas..tak habis bukit 2000 lagi air dah habis. Banyak bertolak dari naik..walaupun demikian , galakan rakan menjadi pendorong kepada rider baharu.
Program kayuhan hari amat mengujakan di samping dapat memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan menyihatkan badan. Tahniah kepada rakan yang turut serta...

  Bergambar sebelum memulakan kayuhan Hari Pekerja
 Sahabat baharu kepenatan...pertama kali kayuh terus panjat Bt 2000..
Sempat membelek basikal sementara menunggu rakan di Bt 2000
 Bukit 2000 dalam perjalanan ke Nusa Camp
Berhati-hati semasa menuruni Bukit 5000
 Jambatan Sg Tabung dalam pembinaan...punca air bukit Kuala Tahan
 
Nusa Camp...membasahkan tekak dahulu
 Sungai Tembeling dari Nusa Camp
mtb dah bermula di Bukit 5000
Gelagat penunggang cilik bermain di anak sungai 
malang tidak berbau..jatuh ketika downhill Sg Tabung
 keselamatan diutamakan...melindungi kepala
 membasahkan tekak takkala mentari di atas kepala..