PAKEJ MELANCONG TAMAN NEGARA

FOTO KAYUH BIKE @ TAMAN NEGARA

CATATAN POPULAR

KAYUH KE MANA ???,,,,,,,,,

:: KAYUH BIKE @ TAMAN NEGARA ::
--------------------------------------------------
Assalamualaikum wbt ::
14 JUN2012.
AHAD

kAYUH pendeta
Berkumpul di SKK Tahan jam 11.30 pagi

Rabu, 2 Mei 2012

KAYUH HARI PEKERJA - NUSA CAMP

TARIKH  :  01 MEI 2012
HARI  :  SELASA
MASA  :  8.30 - 12.00 TENGAH HARI
TREK  : JALAN BAHARU NUSA CAMP
JARAK  :  16 KM

Hari ini cuti sempena Hari Pekerja. Perancangan lewat dibuat namun program tetap dijalankan. Perbincangan sebelah petang ,ambil keputusan kayuh ke Nusa Camp melalui jalan baharu. Peringkat awal hanya 6 orang menyatakan persetujuan namun saat akhir jadi 9 riders termasuk 3 orang baru Salleh , Nizam dan anaknya Mukhriz.
Perjalanan hari ini sepatutnya bermula jam 7.30 pagi tetapi terlewat hingga ke 8.30 pagi. Penyertaan saat akhir riders baru dan tayar bocor melewatkan kayuhan. Namun , kayuh tetap kayuh. Melepasi bukit 1000 sorang rider baru dah tumbang...pitam dan rehat , manakala raiders lain dah menawan Bt 2000. 

Setelah berehat hampir 30 minit , sahabat baru boleh menarik nafas dan meneruskan kayuhan. Beliau merupakan seorang athlet , namun bila pertama kali menggunakan basikal...kalah juga kepada keadaan. Perjalanan ditrueskan dengan downhill Sg Tabung sepanjang hampir 2km dan mula mendaki semula Bt 5000 yang agak mencabar .
Setibanya di Nusa Camp jam telah menunjukkan 10.00 pagi. Kami mengambil kesempatan membasahkan tekak dengan 100 plus sambil memerhatikan deruan aliran Sg Tembeling berlatar belakangkan jeram yang berarus deras. Kami menghabiskan masa hampir 40 minit di sini ....ada sahabat siap bawak bekal nasi lemak lagi...tak makan pun.
Perjalanan balik agak memeritkan dengan cuaca yang panas..tak habis bukit 2000 lagi air dah habis. Banyak bertolak dari naik..walaupun demikian , galakan rakan menjadi pendorong kepada rider baharu.
Program kayuhan hari amat mengujakan di samping dapat memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan menyihatkan badan. Tahniah kepada rakan yang turut serta...

  Bergambar sebelum memulakan kayuhan Hari Pekerja
 Sahabat baharu kepenatan...pertama kali kayuh terus panjat Bt 2000..
Sempat membelek basikal sementara menunggu rakan di Bt 2000
 Bukit 2000 dalam perjalanan ke Nusa Camp
Berhati-hati semasa menuruni Bukit 5000
 Jambatan Sg Tabung dalam pembinaan...punca air bukit Kuala Tahan
 
Nusa Camp...membasahkan tekak dahulu
 Sungai Tembeling dari Nusa Camp
mtb dah bermula di Bukit 5000
Gelagat penunggang cilik bermain di anak sungai 
malang tidak berbau..jatuh ketika downhill Sg Tabung
 keselamatan diutamakan...melindungi kepala
 membasahkan tekak takkala mentari di atas kepala..

Khamis, 19 April 2012

KAYUH MENDUNG

Tarikh  :  16 April 2012
Hari  :  Isnin
Masa  :  6.00-7.30 petang
Trek  :  Jalan baharu dan perumahan FELCRA
Jarak  :  11 km sahaja...

Hari ini kayuh bersama rakan-rakan...lama sudah tidak dapat bersama kerana kesibukan dengan tugas dan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini. Hampir saban petang hujan turun di bumi Taman Negara. Pada petang ini juga cuaca mendung sejak dari jam 4.00 petang...macam nak hujan namun hingga habis kayuhan alhamdulillah tidak hujan.
     Kayuan petang ini melibatkan beberapa orang riders sahaja antaranya Man , Ieza , Poje , Nise , Adha dan Mizi. Anakku Hazim masih tak boleh joint atas sebab kesihatan....kasihan. Kayuhan petang ini bermula di pintu gerbang PASDEC...menuju ke Kuala Tahan berpatah balik dan masuk ke jalan baharu...bukit 2000 ( tak habis ) masuk ke FELCRA dan berakhir di PASDEC.
     Walaupun jarak tidak jauh , namun pemilihan jalan berbukit agak memenatkan...maklumlah lama tak kayuh bersama...sejak Taman Negara Green Jamboree 2012. Hujung minggu ini dah buat perancangan untuk kayuh di trek TNGJ...Insyallah jika tidak ada aral melintang. TQ kepada rakan2 yang menyertai...

FOTO KAYUHAN MENDUNG
Berlatarbelakang Jalan Baharu
 Riders yang joint petang ini..

Selasa, 27 Mac 2012

KAYUH SANTAI ORANG BARU

TARIKH  :  26 MARCH 2012
HARI  :  ISNIN
MASA  :  5.45 - 7.00 PETANG
JARAK  :  9.55KM
RIDERS : 10 ORANG
TREK  :  FELCRA - KG PADANG

Lama tak mengayuh...semenjak kayuhan Taman Negara Green Jamboree...sambung cuti sekolah..lebih daripada dua minggu. dalam tempoh dua minggu bermacam perekrmbangan berkalu dalam komuniti berbasikal Kuala tahan. Pertambahan orang baru dan tambah basikal baru.
Terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata...jual basikal. hehehe...takpalah basikal dah dijual , pengganti dah dapat. Lebih baik dari yang dahulu.
     Bila dah jatuh cinta dan bermula dari bawah , kita akan dapat merasa betapa seronoknya hobi ini. dapat meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah dan menyihatkan badan.
     Hari ini berkayuh ke destinasi yang dekan sahaja , maklumlah ada ahli baru yang baru pertama kali kayuh. masih dalam proses mengenal basikal dan belajar mengenai basikal. Hari ini juga dua orang anakku turut serta Balqis dan danial. Aktiviti kayuh ini sebagai latihan utk Balqis yang akan menyertai kejohanan Olahraga Peringkat daerah Jerantut nanti...
     Ahli baru Abg kamal , Ieza dan Meir baru pertama kali mengayuh...kuat belaka...tetapi semua kayuh untuk kesihatan. seronok melihat rakan yang pertama kali mengayuh...puas nak menghabiskan bukit...namun walaupun demikian berjaya juga.

FOTO KAYUHAN

Orang baharu...

 Bergambar kenangan di laluan Kg Padang

FOTO KAYUHAN

Jumaat, 16 Mac 2012

TAMAN NEGARA GREEN JAMBOREE 2012

TARIKH  :  11 MARCH 2012
HARI  :  AHAD
MASA  :  8.30 PAGI - 7.00 PETANG
TEMPAT  :  KUALA TAHAN
JARAK  :  FUN RIDE 17KM - RACE 60KM
RIDERS  :  500 ORANG

     Setelah hampir seminggu Taman Negara Green Jamboree 2012 berlangsung , barulah ada kesempatan untuk publish cerita kat sini. Selepas kayuhan hari tu , terus bercuti dan balik kampung....seminggu sampai ke hujung semenanjung Malaysia dijelajah...puas hati.
     Hari pertandingan ...seawal 7.00 pagi ramai dah raiders mula mengayuh menuju ke Persona Resort...point permulaan. Seramai 500 orang mengambil bahagian iaitu fun ride dan race; Kategori race paling ramai manakala fun ride cuma melibatkan 178 penunggang sahaja. Jarak fun ride cuma 17 km sahaja tetapi banyak bukit yang perlu didaki dan semuanya lanjut belaka.....pastu hampir 10 kali kena pikul basikal melintasi tangga , anak sungai dan pokok tumbang....banyak tenaga digunakan.

Aksi peserta..permulaan perlumbaan

Pendakian Bukit 2000
Members pecah tayar .                   .. pendakian Bukit Tabung pulak
 tiba di persimpangan Sg Tabung
Aksi pikul basikal
 Tiba di Nusa Camp
muka boring...lama sangat tunggu
 Menanti kehadiran racer
  putus rantai...ramai mtb bikerz sedia membantu
Laluan Bukit 5000
aksi-aksi penghujung jalan...


FOTO  TNGJ 2012
FB KBJ