PAKEJ MELANCONG TAMAN NEGARA

FOTO KAYUH BIKE @ TAMAN NEGARA

CATATAN POPULAR

KAYUH KE MANA ???,,,,,,,,,

:: KAYUH BIKE @ TAMAN NEGARA ::
--------------------------------------------------
Assalamualaikum wbt ::
14 JUN2012.
AHAD

kAYUH pendeta
Berkumpul di SKK Tahan jam 11.30 pagi

Selasa, 27 Mac 2012

KAYUH SANTAI ORANG BARU

TARIKH  :  26 MARCH 2012
HARI  :  ISNIN
MASA  :  5.45 - 7.00 PETANG
JARAK  :  9.55KM
RIDERS : 10 ORANG
TREK  :  FELCRA - KG PADANG

Lama tak mengayuh...semenjak kayuhan Taman Negara Green Jamboree...sambung cuti sekolah..lebih daripada dua minggu. dalam tempoh dua minggu bermacam perekrmbangan berkalu dalam komuniti berbasikal Kuala tahan. Pertambahan orang baru dan tambah basikal baru.
Terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata...jual basikal. hehehe...takpalah basikal dah dijual , pengganti dah dapat. Lebih baik dari yang dahulu.
     Bila dah jatuh cinta dan bermula dari bawah , kita akan dapat merasa betapa seronoknya hobi ini. dapat meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah dan menyihatkan badan.
     Hari ini berkayuh ke destinasi yang dekan sahaja , maklumlah ada ahli baru yang baru pertama kali kayuh. masih dalam proses mengenal basikal dan belajar mengenai basikal. Hari ini juga dua orang anakku turut serta Balqis dan danial. Aktiviti kayuh ini sebagai latihan utk Balqis yang akan menyertai kejohanan Olahraga Peringkat daerah Jerantut nanti...
     Ahli baru Abg kamal , Ieza dan Meir baru pertama kali mengayuh...kuat belaka...tetapi semua kayuh untuk kesihatan. seronok melihat rakan yang pertama kali mengayuh...puas nak menghabiskan bukit...namun walaupun demikian berjaya juga.

FOTO KAYUHAN

Orang baharu...

 Bergambar kenangan di laluan Kg Padang

FOTO KAYUHAN

Jumaat, 16 Mac 2012

TAMAN NEGARA GREEN JAMBOREE 2012

TARIKH  :  11 MARCH 2012
HARI  :  AHAD
MASA  :  8.30 PAGI - 7.00 PETANG
TEMPAT  :  KUALA TAHAN
JARAK  :  FUN RIDE 17KM - RACE 60KM
RIDERS  :  500 ORANG

     Setelah hampir seminggu Taman Negara Green Jamboree 2012 berlangsung , barulah ada kesempatan untuk publish cerita kat sini. Selepas kayuhan hari tu , terus bercuti dan balik kampung....seminggu sampai ke hujung semenanjung Malaysia dijelajah...puas hati.
     Hari pertandingan ...seawal 7.00 pagi ramai dah raiders mula mengayuh menuju ke Persona Resort...point permulaan. Seramai 500 orang mengambil bahagian iaitu fun ride dan race; Kategori race paling ramai manakala fun ride cuma melibatkan 178 penunggang sahaja. Jarak fun ride cuma 17 km sahaja tetapi banyak bukit yang perlu didaki dan semuanya lanjut belaka.....pastu hampir 10 kali kena pikul basikal melintasi tangga , anak sungai dan pokok tumbang....banyak tenaga digunakan.

Aksi peserta..permulaan perlumbaan

Pendakian Bukit 2000
Members pecah tayar .                   .. pendakian Bukit Tabung pulak
 tiba di persimpangan Sg Tabung
Aksi pikul basikal
 Tiba di Nusa Camp
muka boring...lama sangat tunggu
 Menanti kehadiran racer
  putus rantai...ramai mtb bikerz sedia membantu
Laluan Bukit 5000
aksi-aksi penghujung jalan...


FOTO  TNGJ 2012
FB KBJ

Ahad, 4 Mac 2012

KAYUH BIKE@KG GOL

TARIKH  :  04 MARCH 2012
HARI  :  AHAD
MASA  :  8.00 - 10.45 PAGI
TREK  :  JALAN KG GOL DAN LADANG PKT 2
JARAK  :  20KM
RIDERS
1.dintahan
2.mantahan
3.fiq
4.fuddin
5.hazim
6.bad dan
7.kak rose...missing pos renjer hutan.

     Kayuhan hari ini bermula di Pintu gerbang PASDEC pada pukul 8.00 pagi. Kayuhan jalan raya menuju ke Kg Gol agak santai cuma sesekali mendaki bukit yang agak panjang. Kayuhan bermula seramai 5 riders aje.Pada peringkat awalnya tujuh orang tetapi bad dan kak rose mengayuh terus ke Pejabat Renjer Hutan. Kami memasuki simpang Kg Gol.
     Jalan kg Gol agak mendaki dan dapat melalui dengan jayanya . Jalan pusing kampung menyajikan pemandangan yang menarik dan melalui penempatan orang asli Sg Tiang. Plan asal hengak ke Padang Terbang Sg Tiang..namun bila jumpa trek lumpur masing-masing tak sabar nak menerokanya. Hujan lebat beberapa hari manyajikan trek yang basah dan licin....mencabar tapi semua halangan dapat ditempuhi. Ada sahabat sengaja hendak menguji tayar baru...lazat tak licin pun...selamba aje naik bukit.
     Perjalanan pada hari ini melingkungi jarak sejauh 20 km sahaja...tapi lebih kepada jalan tar. Walaupun trek ladang hanya sedikit tapi bila masuk ladang baru ada rasa...Kayuhan tamat pada pukul 10.45 pagi...cuacapun agak panas pada pagi ini...balik rumah apa lagi basuh basikal dulu...maklumlah bila lpur dah kering malas pulak nak basuh. Keseluruhannya kayuhan baik walaupun ramai lagi members tak dapat menyertai kayuhan pagi ini.

FOTO KAYUH KG GOL

 dah sampai di Kg Gol .. tayar hitam lagi..
Seronok sangat sampai tergolek....
Pusat pengumpulan buah sawit
 Perbincangan ringkas....masuk ladang
 Jatuh bangun ...perkara biasa mtb